Tuesday, June 23, 2015

Memories - Untuk anakanda Hyfiy Izz Qareen

Izz ni menjadi feberet mualimah sebab konon nye baik dan mendengar kata..haha
Bermula tahun 2015, Mama decide nak hantar abg Izz ke school. Niat dihati konon nak bagi pendedahan awal je, nak bagi dia bercampur dengan kawan-kawan, persekitaran sekolah. Bila melalui sesi persekolahan terpaksa la ikut segala aktiviti yang dijalan kan contohnya, Hari guru, hari Ibu, hari sukan sekolah, dan yang paling tak tahan peperiksaan penggal pertama. Ingatkan budak 4 tahun terkecuali, tapi tak sebenarnya. Abg izz kena study ade 5 ke 6 subject.(english, bm, math, bla3..) dah tak ingat mama pun. Siap Al quran- Iqra dan hafazan hadis2. fuhh berpeluh tengok hadis tu. Mama sendiri pun tak pernah lalui.

Card hari ibu u..mama melting
Zaman sekarang ni, budak-budak makin bijak, yg pandai-pandai bersepah. Persaingan pun senget. Nak dijadikan cerita abg izz ambik periksa 18/5/2015 ~22/5/2015. Periksa hafazan pulak jatuh pada 25/5/15 , date ni papa kena hal kena balik kampung, terpakse inform mualimah kecualikan izz, pada awalnye mualimah cakap tiade sesi gantian untuk dia, tapi memandangkan mama tunjuk surat , mualimah cakap diterima, so adela sesi ulangan hafazan untuk izz.

Ikhlas cakap, izz ni sebenarnye anak yg senang dijaga, dari segi kerenahnye, makannye, sakit peningnye, semua mudah la jugak kecuali keaktifannye. Malu bawak dia balik rumah opah, sebab dia tak boleh duduk diam, terlebih happy kalau kate nak balik rumah opahnye. ermmm.
Berbalik cerita exam, seminggu sebelum exam tu langsung tak study pun, mama ajar dia malas, mama baca dia tutup mulut mama, so memang tak study pun la. Mama fikir biarla, kecik lagi, malas nak pakse dia. Bile balik school mama tanya exam ape harini. Dia jawan iye' belajar kat school'. Tu je jawapannye.
Dalam bulan 6, mualimah whatsapp, suruh ambik report card pelajar, ermm...Ade jugak rupenye, just go with the flow, mama pun plan nak mengambik la jugak. Balik tu check beg dia, tengok surat jemputan, skali jumpa semua kertas2 exam dia. Wahhhhhhhhhhhhhh....semua 83 ke atas.Wakakakakak mama gelak je dalam masa yg sama hurmm tak percaya langsung.

Hari penyampaian report card, mama ambik time off sejam, pegi la ke sekolahnye, mualimah cakap izz ni baik kat sekolah, pendiam orangnye, diam2 tapi ubi berisi. Pandai, terang hati anak puan. Wahhhhhhhhhhhhhh...tapi kelaka pun ade..diam hapenye, kt rumah tak pernah diam..huhu...Bile nak balik mualimah siap bagi hadiah untuk tempat ke5 tu walaupun dalam class dia cume ade 14 orang. Jadilaa.Tahniah anak mama. Terang hati anak mama ni. Moga terus berjaya ye. Jangan pakse diri, buat ape yg kite suka dan moga jalan yg Abg izz lalui betul dan membahagiakan. Yang penting moga agama didulukan. love u ...XOXOXOXO
result izz. Proud of u. But too early syg. Jangan selesa sangat

Wednesday, July 9, 2014

Black Sheep

Tiba-tiba hari ni terasa ingin nak meluahkan perasaan dalam belog yang dah expired ni. Berkisarkan tentang seseorang yang dulunya aku benci, jeles dan sangat meluat (kerana perangainye). Pada masa itu kebencian memang setinggi gunung dan rasa macam nak picit-picit je kalau boleh. Tapi rupa-rupanya aku hanya salah sangka. Dia sebenarnye datang dari keluarga yang baik, rukun damai, bahagia malah didikan agamanya juga tinggi. Salah sangka itu aku rasakan semuanya hanya dari dia sedangkan tidak sama sekali. Bila diselidiki, rentetan kisah tersebut, terbukti dia tidak 100% bersalah. Dia sangat lemah lembut malah menasihatkan aku kerana bertindak sedikit kasar. 

Alangkah malunye, sikap aku pada waktu itu. Baru aku sedar, walaumacamana teruk sekalipun kite dikhianati, jangan terlalu cepat melatah. Bendung sedaya upaya, berdoa dan usaha yang terbaik. Sesungguhnya marah marah hanya merugikan diri dan mengaibkan diri sendiri. Semua yang ada pada kita hanya pinjaman. Malah hati kite juga milik Allah. 

Dulu benci, sekarang berkawan baik. Hurm2..Baru tahu siapa sebenarnya Black sheep itu. Uwaawaaa sedih.

Coretan dari hati. rabu 9 July 2014. 

Tuesday, September 10, 2013

Mengidam

OK orang tua-tua cakap kalau orang mengandung tu teringin macam-macam maknenye mengidam. Bagi aku bukan la mengidam sangat. Tapi tu kadang-kadang, terliur-liur bile teringat/teringin sesuatu makanan tu.
Mula-mula teringin nak makan pisang nangka muda yang digoreng macam fries tu, start dari tu ntah macam-macam lagi dia punya teringin. Kalau teringin pape tu memang pegi cari sendiri jela, tanpa mintak dari en hasben, malas jugak susahkan orang dengan kerenah kite ni kan.
Ustazah pun ade cakap jangan teringin mende yang pelik-pelik sangat sebab nanti perangai anak tu pun pelik-pelik. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.
Kali ni suke sangat makanan yang masam dan manis. Mangga muda , buah-buah tu memang wajib setiap hari. Makanan manis terutama yang bercheese. Fuhhhh dia punya nikmat bile masuk mulut, allah jela yang tau. ^_*.
Tak mengandung pun kalau dapat mende yang teringin nak makan jadi nikmat, ni kan pulak bawak baby dalam perut, lagi bertambah-tambah nikmat tu. Syukur la. Negara kite aman, teringin ape sekali pun masih boleh diusahakan. Kalau duduk kat mesir tu? Kesian diorang. Pray 4 mesir sama2.
Minggu ni dah hampir 2 bulan si kecik ni duk dalam perut mama, nervous bile fikir nak besalin w/pn anak ke2.Risau bile pikir hasben duk jauh. Risau tengok si abang yang lasak. Harap-harap semua dipermudahkan. Mama percaya, takdir, rezeki dan kekuasaan semua ditangan NYA. Hanya doa, usaha dan tawakal la. Just go with the flow.

Okla merapu. Till then.XOXO

Tuesday, September 3, 2013

Mengandung anak kedua lebih teruk

Minggu ni masuk minggu ke 7 mengandungkan anak 2. Berbanding abang dia dulu, tak de alahan , tapi anak yang ni aduhai. Memang seksa sekali. Muntah bile sejuk. Malam tak boleh pakai aircond. Menggigil macam duduk kutub utara.

Dulu tengok mangga muda tak terliur langsung. Sekarang tak boleh tinggal mangga muda ni deyyy...huhuhuhu

 Tapi alhamdulillah HB aku naik skit dari yang abg dulu. Harap2 kekal sebab malas nak pegi check up 2 minggu sekali.

Harap2 baby sihat, moga jadi anak yang soleh/solehah. amin3
Behave baby.