CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

Hijrah Yg dituntut ^_^

Besok aku akn melalui proses penghijrahan untuk diri aku. Hijrah yang aku rasakan sangat besar cabaran yang bakal dilalui. Apepun hijrah sangat dituntut dalam agama. Hijrah akan menambah ilmu manusia, mematangkan manusia, menambah ketabahan menempuh kehidupan dan juga belajar ilmu dan adat selain yang sedia ada. Hijrah ini juga sangat menduga aku bile membawa sikecil ini bersama-sama. Perasaan yang sangat istimewa , yang x pernah aku lalui sebelum ini. Banyak penghijrahan yang aku lakukan pada tahun ini. Alhamdulillah. Allah yang maha mengetahui , maha menentukan segalanye.

Hari tu bila dapat berita aku dh berbadan 2, kakak aku yang sulung memberikan aku ciuman tanda tahniah, Hari ini orang - orang kampung berjumpa aku dan memeluk-meluk aku tanda perpisahan.  Ya allah sangat terharu dan sangat tacing. Aku masih disayangi rupenye. Saat ini, hanya air mata sedih dan terharu untuk berpisah dengan semuanya. Ateh sayang korang, siti sayang korang, dila sayang korang. Saya sayang semua!!!!!

Monday, February 14, 2011

My luvly bos...^_^

Entry ni ditujukan khas untuk bos2 aku. Kalau mereka baca ini lah luahan hati aku sebagai orang kuat mereka. 


Bos pertama ialah Mr Subra. Ex bos ni dah agak berusia, banyak experience dan banyak sangat ilmu yang dia ada. Mr subra ni orang pertama yang berjaya mencungkil bakat aku selaku QC executive masa kat kilang lama dulu. Selepas lebih kurang 8 bulan aku menganggur , dia ni la yang sudi terima aku bekerja.


 Aku pun x tau position aku masa dia interview. Datang interview dan hanya cakap nak jumpe mr subra, last2 mr subra ni terima aku sebagai QC exective/ engineer. Disini segalanye bermula lah career aku selepas tamat universiti. Mr subra nilah yang banyak membantu dah sangat soft dengan aku. Budak2 kat tempat keje ,ade yg iri hati sebab aku ni di anggap anak emas mr subra.Ape2 pn mr subra x penah belakang kan aku. Dia akan bagi tau suatu perkara/peristiwa/ pasal kerja dari A sampai Z. Dia sedaya upaya menolong untuk menaikkan gaji aku waktu itu.


 Dia sangat baek..Dia sangat lembut. Tapi sekarang ni aku dah jarang contact dia. Dulul dia selalu kol aku. Tapi sekarang ntah hilang kemana. Masa aku kawen pun x nampak muka dia...Sangat cedey!!!..Apepun terima kasih sebab sudi mendidik aku sehingga aku menjadi aku yang sekarang. 


Mr subra yang pakai baju biru tu....dengan jaket biru


Kalau bukan sebab management kilang lame yang ntah hape2. Aku x kan berhenti , aku mesti mendapatkan lagi ilmu2nye. Dia suke bercerita dan suke meluahkan ape2 perkara berkaitan kerja yang tidak memuaskan hatinye. Yang paling aku ingat, aku penah buat salah 1 haritu, aku belakang kan dia masa EL. Tapi hasilnye dia sedikit pun x marah aku, Tapi dia marahkan orang lain. Huhuhuhu...sori la en bos, saya bersalah. Saya mintak maaf. Ilmu yg mr subra curahkan memang x sia2. Dan sy sangat menggunakannye sehingga hari ini....


Dihari aku meletakkan surat tanda berhenti, dia tidak langsung berkata-kata. Malah tidak mempercayai dengan ape yg dia terima. Namun dia terpakse merelakan aku pergi untuk perkembangan aku dimasa hadapan. Terima kasih mr subra.
________________________________________________________________________


Bos kedua aku pulak Mr ken. Tapi aku hanya memanggilnye dengan panggilan nama sahaja. Ken ni muda lagi. Dalam 33 tahun. Dapat bos muda ni masyuk sikit sebab jiwe mude beb, Senang cite, senang paham jiwe mude. Semasa aku di interview untuk mendapatkan kerja baru ni, bukan si ken ni yang interview aku. Malah aku sedikit pun tidak mengenalinye. Mula-mula datang keje baru ni, aku terus melaporkan diri dengan ken ni. Dia ni relax je. Cool gile beb. Aku ingat lagi masa tu, aku tanye dia macam2 sampai dia x mampu nak jawab. 


Konon2 aku nak tunjuk teror la sebab aku ade pengalaman masa tu..wakakakakakkaa lawak. POYO.
Hari berganti hari , aku makin mengenali ken ni, ...dia suke ajar aku. Dia pun suke menyebelahi aku dalam ape-ape hal. Penah sekali aku wat keje kat tempat panas dengan technician aku. Tapi technician aku yang kena marah sebab bawak aku keje di tempat panas. Sekali lagi aku dapat title anak emas ken...Pulak!!!...huhuhu..


Ken yang belakang hubby, awek dia belakang aku

Ken ni ade awek tau, awek dia Project Engineer kat tempat kami jugak, so selalu la aku wat pape hal ber3. Aku, awek ken dan ken, Kami jugak la yg handle segala bapak audit sampai berjaya ke tahap sekarang. Hari pun atas sebab team aku ni dah dapatkan IECEx certification ni, maka company aku dapat dah project bermillion yang akan masuk tidak lama lagi... 

Berbalik pada ken ni, dia seorang yang sangat senang, bila aku buat kerja, dia suke cakap perfect, Well done!! good job..Aku rasa sangat motivated. Segala usha aku untuk tolong dia berbayar walaupun dengan ucapan macam tu shj. Hurmmm memang sedih la nak bertukar bos lagi. HUHUHUHU..Aku ingat lagi masa 1st time aku anta surat resign kat dia, dia cakap macam dh bergetar kat tekak, dah x nak pandang muka aku langsung. Dia sangat sedih dah mintak aku bincang balik dengan laki aku. Masa ni masa masih mengizinkan aku duk berjauhan dangan laki aku. Tapi bile surat kedua aku bagi, dia dah x boleh nak cakap ape. 

Tapi saat ni jugak la bos besar merangkap CEO turun padang dan xnak aku berhenti jugak. Dia nak aku transfer shj ke kemaman . Dan masih nak tulang 4 kerat aku ni berbakti pada swift . Namun tidak menolak tanggungjawab aku sebagai isteri. Alhamdulillah..

Tadi aku nak pulangkan semua barang yang ken bagi kat aku ni, tapi ken cakap x payah, guna la untuk memudahkan aku buat kerja. huhuuhuhu baek betul hati bos aku ni la..Tacing sangat!!!!....

Sepanjang aku kerja ni, dah 2 orang bos aku bukan orang melayu, sorang india dan sorang lagi cina.Tapi mereka sangat3 baek. Melebihi orang melayu sendiri. Aku sangat terhutang budi pada mereka kerana sudi memberikan semua ini kepada aku. Jasa kamu berdua tidak akan dilupakan. Kenangan manis saat menjadi orang kuat mereka juga tidak akan aku lupakan. Moga bos yang ketiga ni diharapkan sama seperti mereka..Sob3.amin2..


p/s : ntah ape yg aku melalut mlm ni. Ayat pun dah macam orang mabuk buat essay.kakakak

Saturday, February 12, 2011

Turning over 200%....

Email yang diterima 10.41 pm pada 11022011

Huhuhuhhuhu....tak tahu nak cerita perasaan aku lagi dikala ini.

1. Sedih 
      a) sebab kembali meninggalkan kampung halaman aku ni tuk kali ke2 dan mungkin selamanya. (1st time masa study kat melaka dulu).
       b) Selamat tinggal QUALITY CONTROL EXECUTIVE.....banyak yang aku belajar dari position ni. dari setahun jagung, sampai ke saat ni ada banyak jugak usha yang membanggakan aku dapat buat untuk company aku. Masa kat el***** dulu aku penah handle product liability dan hari ini, aku masih dalam usha mendapat kan solar Ex type (IECEx) license for international. Semua akan ditentukan isnin ni 14 feb. Usaha aku dah maksimum dan sekarang ni hanya mampu berdoa.
      c) sebab aku berjauhan kembali dengan ibu ku..Hari tu masa pergi bercuti selama seminggu (CNY) di rumah hubby pun mak dh kol nangis2 cakap rindu..haishhhh lepas ni tak boleh dah aku nk suh mak urut lagi sebab dh jauh , aku dah x boleh makan mak masak hari2. adoi sedeynye kala ini...*_*
      d) sebab dh x dapat nak men2 dengn my little2 anak buah...tiap2 malam nyanyi ngan umai lagu yank, pagi2 sebelum g keje gomol aidil..balik keje sakat aqil....waaaaaaa......aku la yg rindu gile kat diorng nanti...

2. Nervous sebab boleh ke ek siti fadila ni pegang position ni. Macam tak layak. Tapi nampak nye bos baru and CEO lagi yakin dari diri aku sendiri..???. ""kalau orang beri kite peluang tuk kite cuba, maka kita hendaklah cuba"" ...insyaallah saya boleh buat jika orang yakin saya boleh buat....

3. Gembira sebab dah tak berjauhan lagi dengan en suami aku. Dah tak payah lagi en suami bersusah payah mengharungi perjalanan 6 jam semata-mata untuk berjumpe aku disini. Hari2 leh bergurau senda dengan nye semula.

4. Risau sebab sumenye benda baru aku kena hadapi nanti. Kena cari kawan baru, cara kerja baru, ofis baru,  persekitaran baru. Bos baru..(en jamal yg bagi email nila).hurmmmmmm.

Lepas ni aku akan berdikari dan mengharungi liku-liku hidup aku di tempat orang. Moga siti fadila terus kuat dan tabah.

Aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang kuat dan telah ditakdirkan perjalanan hidup aku sebegini. bersyukur lah and redhalah kamu siti fadila.

Liku-liku hidup akan lebih mencabar nanti. Siti fadila harus kuat, siti fadila mesti berusaha, siti fadila mesti tabah, berdoalah dan mengadulah pada-NYA. Moga hati siti fadila dapat kekal kuat. Hidup tidak akan mencabar dan tiada manisnye jika ianye terlalu plain dan tiade liku-liku hidup. Masalah yang mendatang itu akan lebih membuatkan kite matang dan belajar darinye.



'insyaallah' you will find your way..............

p/s: jadikan hubby aku sebagai inspirasi sebab dulu masa nak stat keje disini hdp dia pun susah jugak....

Sunday, February 6, 2011

mood: belajar lagi liku2 kehidupan

kalau kite rasa kite hidup dalam keadaan yg susah..sebenarnye ada lagi insan lain yang lebih susah dari kite. 
kalau kite rasa kite x bernasib baik, ade insan lain yang lebih tak bernasib baek dari kite.
hidup kalau selalu nak lebih memang hati kite x kan bersyukur dengan ape yang kite ade...
cemburu akan mengusai jiwa dan akhirnya kite yg akan sakit jiwa...hehehheh....
bersyukurla dengan ape yang kite ade, usaha tuk terus berjaya, belajar jangan dilupa, pedulikan apa orang nak kata, 

You can never learn to be strong - but you can DECIDE to BE strong !
Hundreds of millions of humans on earth are weak. weakness can have many manifestations. you can be physically strong but still be weak in the absolute sense. from the absolute point of view strength means
  • making clear decisions and priorities and developing the power and creativity and innovation to achieve and realize your goals
  • achieving all your goals even if all on earth are against you
  • being free of any fear of any kind - ready to die in the name of God
  • being true to your innermost being and to God all the time
  • always keep the well-being of all creation as the top priority despite the many distractions for personal pleasure
  • finding solutions of love for all situations
  • having the strength to change your mind and goal if you become aware of a spiritual need to change your opinion or goals
  • being ready to accept eternal and FULL responsibility for ALL you ever do
  • having the power of divine love that allows you to bow any time to anyone's FEET

Followers