CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29, 2011

Petunjuk n Hidayah Mu...

Masih mencari hidayah untuk aku terus berusaha dan kekal di dunia sales ni. Hanya 1 syarat yg harus dipenuhi namun 1 tu la yang aku masih tercari-cari jawapannye.


Bagaimana??


Bagaimana??

Moga Allah memberikan aku petunjuk sebagaimana aku menjalankan tanggungjawab sebagai QC dahalu..

Monday, March 28, 2011

Suke lagu ni walaupun x suke penyanyi yang nyanyi lagu ni *_*

~~~~~Sedetik Lebih~~~~~

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Monday, March 21, 2011

so sweet


eeee tomey2....makin geram aku ngn baby sekarang nila..

Wednesday, March 9, 2011

Hanya aku ♥♥


Hari ni hari yang sangat letih buat aku. Dengan membawa si sweetie dalam perut. Meronda-ronda g jumpe customer. First time jumpe customer as sales person. Tapi bila aku fahami dan amati , keje aku yang dulu as qc exec kat elentec lagi teruk dari sekarang ni. Jumpe jugak customer, tapi nak menghadap customer sebab barang reject. Lagi teruk kena bambu, kena kutuk, kena maki,...ehm untuk sales person ni pulak, once customer dah percaya dan kenal product kite, insyaallah dia memang akan cari kite. Tadi customer dah mintak anta satu quotation. Harap-harap semuanye berjalan lancar lah. Kalau dapat bos aku cakap nak letak atas nama aku. Sebab tadi aku ikut je tibe-tibe customer tu nk jumpe and kebetulan pulak ade nav aids yang dah rosak. So dia suruh proceed quotation ni asap. 
Banyak cabaran menjadi seorang isteri, bakal bergelar ibu dan sekaligus menjadi pekerja dalam bidang sales ni. Kena jumpe customer, kena halau, kena tanya macam-macam. Ada yang x sudi nak layan. huh!!!...Perjalanan hidup aku ni memang betul2 telah ditentukan oleh NYA. DIA betul-betul mahu menguji hambaNya ini untuk trus tabah atau tidak. Aku memang tiada pilihan lain selain untuk teruskan kerja ini atau berhenti sahaja..Kalau aku berhenti sekarang..aku memang tak akan dapat keje selagi si sweetie ni x lahir ke dunia ini. Kalau aku teruskan pulak memang banyak cabaran dan halangan. Bos akan bagi pressure andai aku x dapat achieve target sampai bulan 7 nanti. Lagi pulak, x kan la aku nak duk rumah tanam anggur. Dengan utang keliling pinggang, dengan bosan sebab dah biase bekerja. 
Kadang-kadang aku sedih jugak dengan hidup aku ni. Dari mula aku habis universiti, aku sangat susah untuk dapat kerja. Pekerjaan aku sentiase dilanda badai. Hampir 8 ke 9 bulan aku menganggur di rumah, dapat bermula kerja tapi management pulak haru biru, gaji time ni pun aku rasa lagi rendah dari kerani.. Sekarang ni pulak aku terpakse meninggalkan pekerjaan yg dh serasi dalam hidup aku dan menghadap semua ini.....Ya allah berilah aku kekuatan ya allah. Aku hanya insan mu yang sangat lemah ya allah. Aku tiada pilihan lain ya allah. Bantulah aku ya allah. Kasihanilah aku ya allah.


Tuesday, March 8, 2011

Meneruskan perjuangan

Hari-hari aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Ya allah berilah aku kekuatan. ikut hati mati, ikut rasa binasa siti fadila. kuatkan lah hati kamu ye.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
redhalah dengan ketentuan hidup...

Sunday, March 6, 2011

Sweeti Pie

Hurmm kalau ikut kiraan hari ni dah hampir 7 minggu sibaby berada dalam perut aku. Setakat ni memang xde alahan yang sangat teruk la. Cume kadang-kadang je muntah2. Tapi tu pun tak banyak. Nak dijadikan cerita .....Al kisah...ayiibbbbb...

Tadi aku layan cite pintu taubat dengan mak mertua, pastu borak-borak la. Tengah borak-borak tu, aku duk belek-belek la kaki aku yang lenguh ni. Baru aku perasan urat-urat kat kaki dah mula timbul. huhu scary seh. Aku ngadu ngan mak mertua aku, mak nape kaki dila camni..Mak mertua aku cakap aku banyak jalan kot???Aku cakap minggu ni la paling relax, keje pun duk melepak je. 
Mak mertua cakap kena jaga tu, tak elok kerap jalan sangat. Sebab kecik lagi baby ni.Baby ni baru 7 minggu, nanti dia dah besar lagi teruk urat-urat tu kuar... HUHUHuhuu allah je tau hati aku....Pasni aku terfikir, keje yang akan datang lagi mencabar dan memerlukan aku banyak berjalan, jumpe client, kat sini kilang sume besar-besar..

Ya allah..camne la aku nak hadapi ek. Ya allah engkau yang mengaturkan segalanye, hanya engkau tempat aku mengadu. Kuatkan la anak ini ya allah..Kuatkan la aku juga.
Normal ke macam ni ek?? Sila beri bantuan kakak2 ku yang ade pengalaman sekalian. ^_*

 

Saturday, March 5, 2011

lagi untuk diamalkan,...kurang amalan aku ni..huhuhu

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

untuk si papa baby...>>>mr apez..

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Tuesday, March 1, 2011

Perlu dipraktik kan...lagi2 hati aku ni tengah gundah gulana

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG







Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya :









"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".







Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah. 



Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri

Followers