Sekejap tadi mak tepon aku , suara mak ceria je. Dah kurang skit batuk berbanding semalam. Petang tadi mak cakap mak demam, aku kol la sjmc tuk tanye boleh makan ubat ke tak. So cik yang bertugas cakap boleh makan selagi lum masuk waktu berpuasa. Kalau besok demam mak makin panas, kakak aku kena bawak mak datang awal ke sjmc before buat PET scan tu. Nanti diaorang akan bagi mak ubat hilangkan demam sementara menunggu giliran mak buat PET scan. Harap2 cancer mak ni x merebak lagi la ya allah. Walaupun peluang tu nipis, aku akan terus mendoakan mak.
Berbalik masa mak tepon aku sekejap tadi, mak cakap sendiri dengan aku camni:
mak>>> mak kena kuat kan teh, mak demam petang tadi sebab badan mak nk lawan penyakit tu kan. Tengok sekarang mak dah tak demam, mak tak makan ubat pape pun petang tadi. Tapi mak boleh baek.
aku>>> ha elok la tu mak. mak kena lawan sakit mak ni.
Mak>>> haah, mak kuat , mak lawan ..tengok mak dah tak demam lagi.
Aku terharu sangat bile mak cakap camtu, rasa nk menitik je air mata aku tapi aku tahan je sebab masa tu aku kat kedai makan dengan hubby. Aku tak nafikan mak memang agak kuat melawan sakitnye kala ni. Aku ingat lagi masa kat hospital haritu, doctr cakap bile mak kena inject ubat tahan sakit ni mak akan muntah2 dan tak lalu makan, semua jenis injection tu ade 3 jenis ubat. Masa tu dctr siap stanby ubat tahan muntah kalau2 mak loya. Tapi ternyata mak langsung tak loya. Makan pun banyak. Walaupun mak minum hot choc bersama roti tapi stil kerap.
Aku harap lepasni mak akan terus kuat. 90% mak akan menjalani kimoterapi dan radioterapi. Aku tahu mak akan terus berjuang. Mak akan terus tabah..sayang mak..
♥