CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Tanggungjwb..suami & isteri~~~


Untuk menjamin keharmonian berumahtangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami isteri. Suami sebagai ketua keluarga khususnyabertanggungjawab terhadapkesejahteraan isteri dan anak-anaknya.


antara tanggungjawab suami ialah:

1.Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.

2. Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dengan baik.

3. Menyara anak-anak.

4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan.

5. Melindungi maruah keluarga dan harta benda.

6. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredaan Allah.

7. Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

8. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain. Menpunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada dirumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yg bukan mahram atau yg dibenci suami masuk kerumah.

2. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan yang maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.

3. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak- anak.

4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak- anak.

5. Menjaga amanah dan harta suami.

6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.

7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat).

8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat

Wednesday, July 27, 2011

Cantikkkk ^_^

Semalam baca paper.Jumpe iklan poh kong promotion tuk 2011. Cantik nyela..huk2..Tapi cincin dia besar gile..Ni kaalu perompak nampak sure kena ragut..hahahaha...

Bile ek nak dapat pakai. Dalam mimpi leh kot. Hehehheh. Xpe2 kumpul duit sendiri ek. Mane tau tahun depan ade rezki ke..hik3...Dapat gelang tangan dia jadi la..Yang len tu besar gedabak. Cincin tu kalau pkai mau tak leh tukar lampin baby. Menyemak je.....
K la masuk dalam wishlist ek.. WISHHHHHHH I WISHHHH .....

Monday, July 25, 2011

Salah anta msg

Dalam pukul 9.45am cmtu la dengar msg masuk kat fon. Ring tone msg hubby. Aku ni kalau dengar tone yg tu laju je cari tepon kat mane..kekekek. Yela kang lambat bls ke, lambat angkat fon kang kena marah. HUhuhuhu dah dewasa-dewasa ni malas pulak nak masam-masam muka laki bini.
Berbalik kt msg tadi,
ayat first : HaLO MY LOVE
peh nak gugur jantung aku , dalam hati ade orang salah anta msg ke. Klu dulu x kawen lagi biase la, ni dah kawen, tak kn ade secret admire lg cakap camni. Tu tanggapan pertama. Tanggapan kedua berdebar-debar kot2 laki aku nak anta msg kt gurl lain sebnrnyr..tp tertekan no aku..hahahah jahat tak, buruk sangka kat laki. Bukan menuduh, cume berjaga-jaga sahaja..kekekekkeke...
Pastu kan aku baca la ayat seterusnye.: DONT FORGET TO PICKUP MY PARCEL AT POS OPIS....siap ade hehe kat belakang msg tu. Tak leh belah betul..
Cettttttt..........kalau nak suruh aku mesti my love la, cmni la baru sayang la, hape lagi la ....cube aku mintak baju raye, b cantiknye baju tu...nak wat baju raya la...
hubby jwb pe ko tau, ala x yah dah ade sepasang haritu kan...huisshhhh geram btl aku..Tak pun dia pndang aku balik, U CAKAP APE TADI YANG!!!...grrrrrrr...hahahahah siot kan...Aku rasa ni mesti barang2 tuk kete rc dia ni...siap igtkn suruh ambik. Kalau aku x pg ambik harini mau kena aku ni..kekekkekek...hai suami2....

Sekarang ni hampir masuk 8 bulan la kami kawen, maybe situasi mengenal hati budi masing-masing masih lagi dalam proses. Bukan setakat mengenal hati budi, tapi menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Sekarang ni kalau aku tak puas hati pun banyak aku pendam jela. Cakap dalam nada gurau2 bagi dia sedar. Sebab kalau aku marah2 pun useless....Tido 1 katil jugak, tengok muke dia jugak..hahahahah..len la klu duk jauh..Adat berumah tangga ni camni la agaknye. Aku try tak nak cepat melatah walaupun kadang2 tu penat gak melayan dia ni. Kalau aku larat , aku gagahkn jela, kalau dah tak larat terpulang la dia nak paham kan. Apepun , dia tetap suami aku , aku tetap doakan hubungan kami berpanjangan, bahagia, dimurahkan rezeki dan susah senang dapat dilalui bersama. ^_^

Thursday, July 21, 2011

Perihal laki bini^_^

hubby: Yang, pegi buat air, i haus...
Aku: Larrr tadi kan dah buatkan air orange sunquit (setengah jam lepas)....
Hubby: Tu tadi kat luar, sekarang kat dalam haus balik...
Diamm......

Aku: B ni asyik minum air manis je, minum la air masak tu. Tak elok asyik minum air manis ( padahal aku malas dah nak bangun dari katil, Sebab klu dah baring sakit gile belakang aku ni time nak bangun).
Hubby: Ala u x payah la wat air manis2, ade rasa cukup la.
Aku: Kordial rut bir je ade, nak gak ke?? (soalan x puas hati, harap2 dia ubah pikiran bile dengar air tu je yg ade)
Hubby: Tak pe..boleh jugak.
Diam......

Aku: huarghhhhhhhhh (menguap tapi x gerak lagi ni dari pembaringan)
Hubby: Tak baik tau suami mintak isteri malas2, pastu mengeluh lak tu.
Aku: (dalam hati, bile masa aku mengeluh, kan aku menguap tadi)....sambil senyum2 kat belakang dia..
 Pastu campak bantal kt dia..
Hubby: Tak baik tau campak bantal dekat i (adeh kena lagi sekali aku)...asyik bersyarah je pulak laki aku malam ni.Air punye pasal.

Last2 aku bangun gak g wat air..huhuhuhu...
Aku bukan malas sebenarnye, cume kurang rajin..hahahahahah....ditambah dengan berat badan aku yang dh naik mencanak ni. Kaki lak kerap je krem. Dulu sebelum mengandung, siap aku yang ofer nak air ke tak. Hurm sekarang dah lain pulak.
Bile dah buatkan dia cakap ape tau: haaa camni la baru i sayang...

Aku: cetttt dah wat kn air baru sayang...(tapi dalam hati je)..hahahahahhaha..
Aktiviti aku laki bini malam-malam camnila. Duk depan pc sambil borak2, kaco dia men tenet. Kalau aku rajin aku lipat baju, kalau malas sambil baring baca novel2..w/pn novel dah baca , aku baca balik. Nak keluar tengok tv aku x leh duduk lama2 pulak. Sakit belakang. Kadang2 tengok 1 cite je pastu dah masuk bilik.

tamat sudah cite ni...Cite ape ntah aku merepek!!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku dah pasang 2 impian yang wajib dan mesti aku buat nanti. Apepun kena tunggu dulu sampai baby lahir. Aku mesti nak dapatkan 2 perkara ni!!!!...hah nekad!!!Moga impian terlaksana...^_^

Wednesday, July 20, 2011

BAsf family day + annual dinner~~

Harini bos tak ade, so bosan-bosan buatla entry ni. Perjalanan yang jauh dari terengganu, ke selangor, ke melaka. Fuhhh kebas bontot aku ni. Dah la lenguh pinggang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Best jadi en suami, dapat tmpt keje yang best2. Aku ntah bile nk rasa dapat majikan yang best camni pun tak tahulah. Ntah dapat ntah tidak. =(....Ok la layan gambar-gambar jela ek...

Serba biru okay!!!..masa ni nak masuk safari kecik. Aku nak naik lori suttle, tapi tak dapat + driver bawak lori tu dgn ganaz , tidak sesuai untuk ibu mengandung.huhuhu

Rehat sebab dah x larat nak jalan-jalan. Makan buah-buah feberet aku la..Snap skit dgn en hubby. Sekarang ni sejak lepas kawen en hubby jarang nak ambik gambar berdua dgn aku. Ni la yang ade sekeping 2, adekah sebab aku sudah gemuk????hahahahahaha.

Sempat lagi bawak kete dia ni. Aku layan mata dengan membetulkan tulang belakang yang berdenyut-denyut.

Malam dinner, baju semua biru okay. Ade lucky draw tau, i pad tu, tapi kami x bertuah pun malam ni. No hubby naik kt penerima voucher parkson je kalau x silap. Tapi tu pun dah tak larat tunggu sampai habis activity kami dah balik. Hurmm tak de rezki la.

Together we can..ahakssss

Mamat badut ni suke je dtg kt kami, baby kami x kuar lg ni. Duk tendang2 dalam perut.Hahahhahah dah berebut bdk2 datang  nk belon lipat.
Gambar last kat taman tema air pulak, aku dgn hubby x men air pun sebab malas, Kalau bawak budak2 best la ni. Setakat aku dgn hubby dah tua. X yah men air dahh...
Hurmmm best tapi memang penat la. Penat kat jalan sebenarnye. Selalu g melaka x penah mis tuk g jalan2. Tapi kali ni memang aku x larat betul. Last2 kul 2 dah gerak balik selangor. Half way aku yg drive sebab en hubby diserang sakit kepala. Sweet memories. Pasni insyaallah kalau ade rezki bawak si baby pulak...^_^

Tuesday, July 19, 2011

Kasihnya IBu~~~~


Kasih ibu membawa kesyurga...Dulu aku selalu lawan cakap mak. Selalu ajuk mak kalau tersasuk cakap. Sebab mak aku tu latah sikit.
Mak , mak dari mane? Dari singapore....hahahhhaha...
Mak sabun dekat mane? Dalam peti ais...

Perkataan yang paling laju meluncur dari mulut mak aku ialah singapura dan peti ais..Heheheheh asyik gelakkn mak aku. Ni semua masa mak aku sihat. Best time ni. Tapi dulu aku x pernah nak hargai semua ni. Aku x kenal lagi erti sakit. Insan yang kite sayang SAKIT. Dulu arwah abah sakit aku x kenal lagi erti hidup. So memang tak de perasaan.

Sekarang ni memang sedih tengok mak. Last week mak kol dengan suara yang sangat2 tak larat. Yela kn asyik muntah dan tak lalu makan. Nak cakap pun susah. Petang jumaat lepas aku balik. Bile dapat peluk cium dia , dia nampak segar sikit. Aku makan mak pun nak makan. Alhamdulilllah. Mak rindu aku kot. Masa aku balik pun mak dah nk cerita2. Siap dia lagi excited bercerita dari aku. Hehehehe

Sepanjang hidup aku , aku memang x pernah berpisah dengan mak. Kecuali aku belajar di UM dan melaka.Masa matrik um pun semgu sekali aku balik. Apekan daya, aku dh jadi milik orang sekarang. Kenalah ikut suami.

Hurmmm saat macam ni baru aku tau mak kite lah yang paling caring, ambik berat, manjekan kite,ingatkan kite(caring dgn ambik berat x same ke?kakakaka). Memang tiade duanye. Aku rasa aku dah terima balasan sebab dulu aku tak pernah hargai semuani.!!!!!.....

Thursday, July 14, 2011

Baby mama

Besok genap baby dalam perut ni berumur 26 minggu. Excited sebab sangat kagum ada insan lain duduk dalam perut aku. Kekuasaan allah tiada bandingannye. Dah besar dan panjang si baby mama ni. Nama dia pun dah ade tapi still belum finalize selagi baby mama x lihat dunia lagi ek. Masih juga menerima cadangan-cadangan untuk memberi baby mama ni nama. 

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 
Harap-harap baby mama menjadi anak yang soleh, beriman dan mendengar kata. Jadi pandai lebih dari papa n mama kay. Mama dah ade baby , harta mama paling berharga didunia dan akhirat. Moga mama terus cekal menghadapi hari-hari mendatang.

Wednesday, July 13, 2011

Weken~~

Yeah..weken ni dapat g melaka lagi. Kenapa aku suke pegi melaka?? Jaw: sebab banyak mende manarik kot. Lagi pulak tempat bertemu en suami. Kat situ la tempat bertemu, berdating dan belajar. So kenangan indah memang banyak kat melaka. 

Pegi ni pun sebab company en hubby buat family day + annual dinner. Kalau tak, memang susah la nak pegi. Last pegi bulan 12 after kawen kalau x silap. Ke bulan 1 camtula. Bestnye jalan-jalan. Saya suke jalan-jalan dengan en hubby.

Sambil tu singgah jenguk mak ok ke tak. Harap-harap mak beransur sihat. Amin3..

Monday, July 11, 2011

Pujukan hati

Still need to be patient. Sabar, sabar sabar...Moga jalan ini menambah kekuatan dan keimanan aku. Ini adalah jalan terbaek sebab allah nak bagi yang lebih baek dari sekarang ni. Cume perlu bersabar dan berdoa. Berusaha lebih gigih untuk mendapatkan hasil titik peluh kami sendiri. 


Terdapat seribu 1 hikmah disebalik perkara ini. Lapangkn dada, tenangkan fikiran. Moga rezki akan datang berganda-ganda tuk aku sekeluarga. Moga mak cepat sembuh, moga aku akan terus berusaha ke arah itu..amin amin amin...^_^

Saturday, July 9, 2011

Grab another Real Story novel~~luv it~~^_^

Tadi pegi mesra mall beli barang sikit2 + jalan-jalan la kan. Singgah kat popular , dalam hati mesti tak de novel best kan.Asyik cite cinta3. Bosan. Cerita cinta ni poyo je lebih, terlalu mengagungkan cinta manusia yang boleh berubah-ubah dan selalunye palsu. Cehh x suke cite tu jangan la kutuk ye dak??? hahahahaha...
Jalan2 kat ruangan promotion rack, aku terus nampak buku ni: KISAH BENAR, ANAKKU BRAIN TUMOUR,HIKMAH 5 SEBELUM 5. Tak sempat nak pndang novel lain pun, Sinopsis pun aku tak baca. Terus ambik pegi bayar kat kaunter. Rasa satu kepuasan pulak dapat lagi baca novel-novel tauladan dan ikhtibar macam ni. Hepi je. Senyum je muke.hak2. Tak leh belah!!!


Rupanye cerita ni kisah salah seorang anggota kumpulan raihan dan isterinye. Baru baca sampai halaman 36, tapi rasa macam tak sabar nak habiskan novel ni. Tapi kalau baca cepat2 kang dah tak de novel len nak baca..uwaaaaa.....So baca cam biase je. 
Baca novel camni sangat memberikan semangat dan inspirasi dalam menghadapi situasi sebenar dalam hidup sebenarnye. Aku suke novel2 camni pun sebab terjebak dengan kakak aku laaa....Dia yang ngajor. Tapi tak pe memang dapat memberikan semangat dan dorongan dikala kite ditimpa musibah. Hidup bukan indah sentiasa macam dalam novel cintu tu ye dak??? heheheheh.

Dah 3 novel kisah camni yang amat memberikan inspirasi.

1. Zuriat (kisah anak yang dilahirkan semua cacat disebabkan faktor genetik)

2.Satu Anugerah Kembara atiq wazif ( yang ni anak pun lebih kurang serupa Cume pengalaman nye saja yang berbeza)

Kadang-kadang kita tak akan tahu kisah dan perjalanan kite dimasa hadapan kan. So timbalah ilmu dari sekarang agar ilmu2 yang berguna ini dapat membimbing kite kearah kebaikan nanti. Kalau kite bernasib baik sekalipun, ingat lah ade orang yang sentiase memerlukan dan berada dalam keadaan kesusahan. Moga kite sentiasa berada dilandasannye. Amin3

Wednesday, July 6, 2011

Doa menghilangkan keresahan dan dukacita

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.
Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad

Monday, July 4, 2011

Iman perlu ade dalam hati

Cuaca mendung semendung emosi diri aku ni.cewahhhh.. Aku kena banyak bersabar agar baby aku ni x stress n nak kuar awal. Memang kena banyak bersabr dan berzikir. Kena tabah dan tenang walau hadapi apepun sebab dugaan tu nak bagi kite jadi lagi kuat. Abaikan setan2 yg merosakkan ko tu. Nanti dia akan kalah kalau kau bersabar.

Bile aku pikir-pikir balik aku kena tunggu masa yang sesuai jugak untuk dapatkan impian yang 1 ni. Kalau tergesa-gesa n ambik yang ade sekarang ade sedikit tedakpuasan hati. Baik beli sekali dan puas hati ye tak. Jangan ikut orang,  dia ade rezki dia, ko ade rezki ko dila. Insyaallah kalau tunggu that time ko akan dapat yang lebih baik nanti. Ikut rasa binasa, ikut hati mati nanti. Suke sekejap nk wat ape??? kalau puas hati kite akan suke lama.

Lately aku banyak nangis , sian baby dalam perut ni kan. Ntah mende pelik2 yang datang menimpa. Kesedihan sebab mak sakit tak hilang lagi, datang pulak yang lain. Allah nk menguji aku sebelum dapat that thing kot. Insyaallah. Moga kesedihan aku ni menjadi kenangan tuk aku bile aku dah menikmati that thing nanti...

Jangan cepat melatah la dengan dugaan ni. Dugaan ni jugak buat aku dengan en hubby semakin erat dan saling memahami. Sama2 tolong tuk tabah kan diri. Nasib dia paham. Walau cume dengar masalah aku, peluk dan cium dia sangat menjadi penawar rachunnnn yg berbisa ini.hahahaha..merapik sudah..Biaselah, kite memang memerlukan sokongan suami kan. 

Next week g melaka..yeahhh..tak sabr rasanye nk tido hotel berdua balik..hahaha gatal. Pegi tempat dating lama. Nak shopping lagi..Yeah..best2!!! dah jgn sedih2 lagi. Ceriakn hidup mu dila!!!

Saturday, July 2, 2011

♥♥♥ Selamat Hari lahir En hubby~~~


Alhamdulillah, hari ni genap la umur hubby 26 tahun. Moga hubby menjadi insan yang lebih matang dan kurangkan sikit baran tu ek.Hehehehhhehe. 
Semoga en hubby panjang umur, murah rezeki.
Menjadi ayah dan suami yang bertanggungjawab dan beriman.
Moga en hubby dapat membimbing mama and baby kejalan yang diredhai allah. 
Moga kita mendapat zuriat yang beriman, dan mendengar kata.
Moga encik hubby lebih matang menjadi suami, bakal ayah dan juga seorang anak terhadap ibu yang ketiadaan suami. Semoga en hubby terus mengingati pengorbanan ibu yang membesarkan en hubby. 
Moga ikatan yang kita bina kekal hingga ke syurga sayang. 
Walau badai , dugaan dan rintangan isteri mu ini lalui, akan tetap cuba untuk terus hormat, dan mengutamakan seorang suami. 


P/s: b sori la ek, xde hadiah mahal or hadiah yg besar i nak bagi kt u. Duit simpanan and gaji i dh habis tuk beli ubat mak yg sakit. Xpela ade rezki nanti x payah tunggu besday pun boleh bagi kan. Ubat mak lagi penting. Terima la hadiah yg x mahal tu. Tanda harga pun x bukak. Luv u b!!!

Followers