CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 27, 2011

Tanggal 17 october 2011 bersamaan hari isnin 12.47pm

Bermula cerita hari ahad 16 october. Tepat pukul 9.30am aku sampai kat hospital razif untuk weken cek up. Disebabkan aku dah melebihi 36 minggu waktu tu , so kena wat weken cek up. Seperti 2 mgu sebelumnye, aku pegi macam biase dihantar oleh mak. Mulanya malas nak pegi sebab rasa sihat je. Tapi macam tak sedap hati. So pegi jugak cek up. 
Doctor scan dan mengesahkan air ketuban dah banyak kurang. Dia terus membuat keputusan untuk induce malam tu jugak. Cek bukaan baru 1 cm. sama macam masa masuk hospital kemaman dulu. Doctor menasihatkan untuk cek jantung baby dan suruh aku call en suami tuk balik menemankan aku. Aku kol en suami dan en suami sampai dalam pukul 2 petang.
Perasaan masa tu amat takut sebab menyerahkan diri untuk disakiti. Kalau orang lain leh sakit normal aku plak dipaksa. doctor menerangkan serba sedikit procedure induce. Aku hanya mengiyakan. dalam hati ngeri dan buat2 kuat.
Masa solat zohor, aku siap2 kan diri, baca yasin, buat solat taubat, solat hajat mintak aku kuat. Sambil tu siap2 kan semua barang yang perlu dibawa ke hospital. Tepat 7.30pm aku pegi dengan en suami ke hospital. Sampai sana , cek sikit2, tepat pukul 9.30pm doctor memasukkn ubat induce. Bermula la sakit selang 5 minit. Tido tak lena, tengok tv tak seronok, makan x lalu.
1 malam aku menanggung sakit , tepat 7.30 pagi 17 october aku disorong ke labour room. 1 botol air dimasukkan untuk menambah kesakitan. Hanya allah tahu sakit waktu tu. Ubat tidur yang dicucuk x memberikan kelegaan walau sikit. 
Pukul 12 tengahari aku dah meraung , tepat 12.47 lahirla si kunil cumil junior apez yang diberi nama HYFIY IZZ QAREEN BIN MOHD NOOR HAFIZ kedunia. Maksud nama ni adalah kemuliaan , kekutan dan sahabat sejati. meh layan gmbar lepas layan cite ek.
Lepas ubat induce dimasukkan. walau sakit leh senyum2 n picit jerawat en suami lagi.ekekkkke

Waktu dah sangt lega bile si kunil dah kuar. Macam dunia ni aku yang punye

Papa mencium pipi anakandanye.

Waktu paling heaven . Lepas besalin dan ubat tido mula menjalankan tugas, aku lalok baby dihantar ke nursery hospital , en hubby diberi katil, memang betul2 heavan walau badan aku dari hujung rambut ke hujung kaki semua sakit2.
Sangat puas hati layanan dan facility kt hospital bersalin razif norana klang. Pasni memang tak kan pegi hospital lain. ahakss...terima kasih buat suami tersayang untuk segalanye.

Klon en apez Matteno

Hidup aku dah totally berubah 100%...kasih sayang dah terbagi lagi untuk insan bernama anak. HYFIY IZZ QAREEN penyeri hidup mama n papa. Moga jadi insan berguna dan menjadi anak yang soleh.

Followers